PENGELUARAN KWSP AKAUN 2 BAGI TUJUAN PELAJARAN
CARA KELUARKAN KWSP AKAUN 2 BAGI TUJUAN PELAJARAN
Mungkin ramai lagi yang tidak tahu bahawa KWSP membenarkan pengeluaran dari Akaun 2 bagi tujuan pembayaran balik pinjaman sambung pelajaran. Oleh itu kami ingin membantu anda dengan menunjukkan cara pengeluaran KWSP AKAUN 2 BAGI TUJUAN PELAJARAN.
SYARAT PENGELUARAN :
- PASTIKAN AGENSI YANG MEMBERI PINJAMAN SAMBUNG BELAJAR TERSEBUT TERSENARAI DALAM KWSP. CONTOH ; MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA) / PTPTN DAN SEBAGAINYA...
- PASTIKAN ANDA MEMPUNYAI i-akaun KWSP.
- PASTIKAN ANDA TELAH TAMAT PENGAJIAN.
- DAPATKAN SURAT BAYARAN BALIK DARI AGENSI PEMBERI PINJAMAN SAMBUNG BELAJAR.
- PASTIKAN JUMLAH DALAM AKAUN 2 ANDA MENCUKUPI.
CARA PENGELUARAN : BAGI PEKERJA YANG MEMINJAM DARI MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA)
- PASTIKAN ANDA MENGGUNA KOMPUTER ATAU LAPTOP JIKA LOG IN i-akaun BAGI TUJUAN PERMOHONAN INI.
- LOG IN KWSP - https://www.kwsp.gov.my/en/ilogin/login-member
- KLIK "PENGELUARAN"
- KLIK "PERMOHONAN BARU"
- JENIS PENGELUARAN - KLIK "PENDIDIKAN"
- INSTITUSI YANG TERLIBAT - KLIK "MAJLIS AMANAH RAKYAT"
- BAYAR KEPADA - PEMBERI PINJAMAN
- PERINGKAT PENGAJIAN - SILA PILIH PERINGKAT PENGAJIAN ANDA / SAMA ADA DIPLOMA @ DEGREE.
- PERMOHONAN UNTUK - JIKA ANDA GUNA DIRI SENDIRI SILA TEKAN "DIRI SENDIRI"@ JIKA GUNA AKAUN KELUARGA SILA TEKAN "ANAK"
- NO. RUJUKAN PELAJAR - (NOMBOR AKAUN ANDA YANG MARA BAGI) - ANDA BOLEH DAPATKAN NO INI DI MANA MANA CAWANGAN MARA.
- AMAUN YANG DIPOHON - ISI JUMLAH YANG ANDA MAHU.
- REQUEST TAC NO - PASTIKAN NO TELEFON ANDA BERDAFTAR DENGAN KWSP. KALAU GUNA NO TELEFON BARU SILA PERGI MANA MANA CAWANGAN UNTUK UBAH NO TELEFON TERLEBIH DAHULU.
- SELESAI. TUNGGU DALAM 7 - 14 HARI WAKTU BERKERJA UNTUK PANGILAN PENGESAHAN COP JARI.
CARA PENGELUARAN : BAGI PEKERJA YANG MEMINJAM DARI PTPTN
LANGKAH DIA SAMA SAHAJA SEPERTI DI ATAS.
JIKA ANDA TIDAK PASTI ANDA BOLEH PERGI MANA MANA CAWANGAN KWSP UNTUK BERTANYA.
Post a Comment